Cari Blog Ini

Khamis, 23 September 2010

@ Aplikasi teknologi dalam pendidikan luar @


Program  pendidikan luar ini adalah program yang dilaksanakan  di alam semulajadi  yang jauh dari arus kemodenan. Program ini memberikan penumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran kemahiran tradisional seperti berkhemah, mendayung, mendaki, berenang, snorkeling dan menjelajah. Sehingga kini program ini masih mengamalkan konsep tradisional dan meminimumkan kesan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajarannya. Aplikasi teknologi pendidikan dalam program pendidikan luar adalah satu pendekatan yang baru. Antara alatan yang kerap dan sedang digunakan dalam program Pendidikan Luar  ialah komputer bimbit, kamera digital, radio, LCD, telefon bimbit dan carta pengajaran  dan pembelajaran. Para pelajar digalakkan menggunakan peralatan ini dalam setiap aktiviti yang dijalankan sepanjang tempoh perkhemahan tersebut. Sebagai contoh, setiap malam pelajar akan diberikan tugasan yang perlu mereka laksanakan pada keesokan harinya. Sehubungan itu, mereka perlu mencari maklumat aktiviti tersebut dengan menggunakan pelbagai alatan teknologi pendidikan yang tersedia. Kaedah pembelajaran kendiri dan berpasukan ini telah dikenalpasti berkesan dalam merangsang proses pengajaran dan pembelajaran pelajar sewaktu melaksanakan aktiviti sebenar pada keesokan harinya. Sewaktu refleksi, tayangan video yang dipancarkan menggunakan LCD mengukuhkan lagi pengalaman dan pengetahuan pelajar. Selain itu, khidmat WAP dan GPRS dari telefon bimbit membolehkan pihak pengurusan kem sentiasa bersedia dengan sebarang perubahan cuaca yang mungkin berlaku.
Kini, teknologi merupakan sebahagian penting dalam kehidupan manusia moden. Sehubungan itu, perkhemahan pendidikan luar juga tidak dapat lari dari realiti ini. Walaupun dilaksanakan jauh dari arus kemodenan, perkhemahan pendidikan luar harus mengaplikasikan teknologi samada untuk tujuan keselamatan mahupun pengayaan pengalaman pelajar.
 
Berikan 5 kesan positif aplikasi teknologi dalam pendidikan luar ini? Sertakan nama dan no.matrik diakhir komen.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan