Sejadah terang apabila menghadap ke arah kiblat
Sajadah kreatif dari designer Turki, Soner Özenç, ini akan menyala lebih terang pada saat sejadah tersebut menghadap tepat ke Mekah atau kiblat.Sajadah kreatif dari designer Turki, Soner Özenç, ini akan menyala lebih terang pada saat sejadah tersebut menghadap tepat ke Mekah atau kiblat. Sejadah 1426 dibuat menggunakan teknologi percetakan fosforus electroluminescent yang membenarkan ia untuk mempamerkan grafik pelbagai corak secara langsung dipermukaan. Sejadah 1426 di1426 ialah tahun kalendar Islam yang bersamaan dengan tahun 2005.
Sebuah kompas tertanam membuatkan sejadah tersebut akan menyala dengan lebih terang dan jelas apabila menghadap tepat ke arah kiblat dan ini akan memudahkan pengguna-pengguna dalam menentukan arah kiblat untuk bersolat walaupun dimana–mana. Terdapat butang MODE ON/OFF untuk menghidupkan atau untuk mengaktifkan fungsi kompas.
Terdapat 3 versi sejadah 1426 iaitu :
1. Sejadah 1426 yang menggunakan bateri yang disokong dengan fungsi kompas.
2. Sejadah 1426 hanya menggunakan fungsi kompas
3. Sejadah 1426 yang menggunakan tenaga elektrik tanpa fungsi kompas.
Pokok Bonsai ini disukai oleh orang timur untuk menghias atau mendekorasi tempat tinggal mereka. Pokok Bonsai ini menyembunyikan semua wayar-wayarnya dan palam dibawah dulangnya. Tambahan pula, pokok Bonsai ini bersifat fleksibel iaitu setiap cabang pada pokok itu boleh dilepaskan atau dicabut dan disesuaikan dengan ruangan yang lebih kecil seperti meletakan diatas meja belajar atau meja kerja.Pokok Bonsai ini lebih kurang seperti Lego yang mana setiap bahagian boleh diputarkan atau dimainkan untuk menghasilkan pelbagai bentuk yang sesuai dengan keperluan dan bagi memenuhi ruang yang anda miliki.
Pemetik api USB


Pemacu kilat atau flash drive mempunyai keupayaan atau kapasiti sebanyak 8GB dan pemetik api ini bersifat ringan serta boleh di cas semula. Slaid penyambung USB keluar daripada bawah kotak logam, dengan menggunakan tuil gelangsar kecil yang terletak pada sebelah pemetik api. Pemetik api ini mempunyai kemasan krom yang berkilat dan satu nyalaan boleh laras.
Spesifikasi pemetik api USB ini ialah:
1. Mempunyai keupayaan sebanyak 8GB
2. Slaid penyambung USB daripada pemetik api
3. Kes metal
4. Api boleh laras
5. Demensi : 1.5" x 2.4" x .5" (3.8 x 6 x 1.3 cm)
Kasut dengan pemanas (USB Heating Shoes)
Spesifikasi kasut pemanasan USB ini ialah:
1. Didatangkan dengan satu pemanas kaki berasingan
2. Pemanasan pad yang menghasilkan panas dengan menggunakan port USB atau External Power (3x AA bateri untuk setiap kotak).
3. Berupaya dan mampu menguasai atau mengendalikan suhu
4. Pemanasan boleh laras iaitu tinggi atau rendah
5. Mempunyai kabel dengan panjang 120cm
6. Ideal untuk nyahfroskan kaki semasa musim sejuk.
Satu kelebihan kasut ini adalah kasut ini dikuasakan oleh bateri-bateri sekiranya mahu berjalan tanpa menggunakan wayar USB yang bertalian dengan komputer riba.

Biasanya, penunggang-penunggang basikal menggunakan kantung atau beg galas untuk membawa dompet, telefon, dan botol air. Dengan menggunakan LED dan PCB yang fleksibel yang terdapat pada Seil Bag atau beg galas dapat menunggang basikal dengan selamat.Apabila penunggang basikal menggunakan isyarat tangan untuk memberi signal dan menunggang dengan sebelah tangan satu lagi sama ada tangan kiri atau kanan ini akan menyebabkan atau membolehkan berlakunya kemalangan. Tetapi dengan menggunakan produk Backpack ini ia menyediakan kawalan lebih selamat dan lebih mudah untuk penunggang basikal. Seil bag direka untuk menunjukkan signal sama ada kiri ataupun kanan dari penunggang basikal.
Penunggang basikal hanya perlu mengendalikan pengawal wireless yang membolehkan pelbagai isyarat seperti isyarat arah, isyarat kecemasan dan sebagainya.




Tiada ulasan:
Catat Ulasan